Saturday 16 January 2010

Hikayat Pengembaraan Atam siri 2

Selepas permohonan zakat Atam di cyber cafe dipandang dingin oleh pihak berkuasa, Atam terkandas di Angola. Ketika itu berlangsung kejohanan bola sepak Piala Afrika. Atam sempat tengok Puan Mowokari panggang biawak secara pukal untuk dijual dalam stadium buat kunyah-kunyah masa tonton perlawanan. Ada juga Atam terjumpa bomoh-bomoh perut buncit yang jalan-jalan keliling stadium masa perlawanan berlangsung. Atam terduduk di kaki lima. Dia lapar yang amat. Kalau makan biawak panggang Puan Mowokari khuatir cacat pula sistem penghadamannya nanti.

Tiba-tiba Atam terlihat Adebayor jalan terhuyung-hayang sambil mencarut-carut bahasa Togo. Dia pakai baju fubu besar stail nigger dengan seluar jeans Southpole berkilat-kilat. Siap ada bling-bling tergantung kat leher. Nak tiru 50 Cent lagaknya. Persamaan Adebayor dan 50 Cent ialah dua-dua tak hensem langsung. Atam yang ingin tahu menghampiri Adebayor. Atam hampir-hampir bagi salam. Mungkin dia lalok sikit sebab tak makan.

'Yo, Adebayor' tegur Atam.

Adebayor terpinga-pinga. Dahi berkerut.

'Apasal ko ni? Down semacam je gua tengok. Awek lari ke ape? Tu la siapa suruh dressing macam ni lagi, nama je main Man City, budak bola Timur Leste tu pun dressing lagi orait dari lu. Dah macam Predator pula gua tengok lu ni. Kembali lah ke pangkal jalan'

Tiba-tiba Atam berceramah kepada Adebayor. Adebayor semakin hairan.

'Aku serabut sekarang ni brader. Pengganas FLEC yang serang group aku aritu ugut aku pula sekarang ni. Diorang dapat tangkap makwe aku. Kalau aku tak bagi USD 50 000 diorang nak bunuh makwe aku'

Sambil tu Adebayor tunjuk gambar makwenya kepada Atam. Puas juga Atam tenung gambar tu. Yang nampak hanya gigi putih tersusun saja. Yang lain mendung semacam.

'Lu tak minta abang lu tolong?' tanya Atam

'Siapa?' soal Adebayor.

'Predator' jawab Atam selamba sebelum dilempang oleh Adebayor. Mujur Atam sudah kebal dari dilempang. Setakat lempangan Adebayor itu Atam boleh layan sambil makan lempeng. Lainlah kalau dilempang oleh gurunya Dewakarjono. Menggigil Atam memikirkannya.

'Macam ni la. Meh gua tolong lu. Lu bawa gua jumpa FLEC punya boss. Lu jangan risau, gua memang hustler bab berunding sama pengganas ni. Cuma dengan dangdut M Daud Kilau saja gua tak boleh bawak berunding. Hairan betul. Lu jangan risau. Masalah lu ni macam makan cekodok mudahnya. Jom jumpa boss FLEC.'

Mereka berdua menuju ke Cabinda menaiki pikap. Tambang 2 dollar Angola. Perjalanan 3 jam setengah. Macam mana nak kaya orang Angola. Pelik betul. Mungkin mereka berniaga atas dasar tolong menolong sesama umat, Atam bersangka baik.

Markaz FLEC terletak di perkampungan nelayan di timur Angola. Tempat tak class langsung. Atam berunding dengan boss FLEC. Dia menunjukkan iPod classic miliknya yang dibeli dari kedai Abu Malik. Kesemua anggota FLEC tak kira tua muda pandai bengap semua sangat kagum dengan iPod classic. Ada juga Atam lihat yang sudah mula sembah-sembah iPod Classicnya. Nampaknya mereka bakal menemui agama baru. Agama iPod. Karim geleng-geleng kepala sambil mengucap panjang. Disebabkan mereka begitu teruja dengan iPod Atam, mereka bersetuju melepaskan makwe Adebayor dengan senang hati dengan pertukaran iPod milik Atam. Namun demi menyelamatkan aqidah mereka Atam sempat menghadiahkan senaskhah terjemahan al-Quran bahasa Angola yang dibeli di kedai kitab kepada mereka untuk buat renungan. Risau juga Atam kalau-kalau mereka mula menyembah iPod.

Adebayor begitu gembira. Dia mengajak Atam makan cheetah masak 3 rasa di rumahnya. Atam tak mahu. Adebayor kemudian menghadiahkan USD 3000 kepada Atam sebagai tanda terima kasih. Atam lega. Pengembaraannya berjalan semula. Tak lama kemudian, Atam terbaca berita kumpulan FLEC bertukar arah ke kumpulan tabligh rumah ke rumah. Mereka berdakwah sambil dengar iPod. Atam tersenyum gembira.

Pengembaraan Atam sudah masuk hari yang ke-78. Atam meneruskan perjalanan hingga ke Roswell. Macam-macam kenderaan Atam naik untuk ke Roswell. Pikap, teksi, kereta lembu, Ferrari, gajah Mammoth, kereta Datsun, motor milik Pak Akob dan menunggang harimau bintang. Di sana Atam sempat bertukar-tukar nombor telefon dengan makwe jaga kaunter Museum Roswell.

bersambung....

*******************************************************************************

Karim tak sabar menunggu jilid ketiga.

Wednesday 13 January 2010

Hikayat Pengembaraan Atam siri 1

Satu masa dulu Atam pernah mengembara ke merata tempat. Atam begitu gigih dan komited dalam pengembaraannya tak seperti bisnes melayu. Pesanan gurunya yang paling dihormati iaitu Dewakarjono terpahat kukuh dalam otaknya.

'Atam, kelak diri kamu akan terbang seumpama garuda yang begitu gratis. Enggak mustahil kelak kamu akan terusir oleh omongan besar. Sama sekali kamu nggak bisa meloloskan diri dengan sukses. Kamu butuh perjalanan yang baik supaya jantung kamu terisi dengan kerikil pengisi salam yang hangat.'

Dahi Atam berkerut mendengar pesanan gurunya. Mulutnya terlopong. Apa kejadah yang gurunya kata Atam kurang mengerti. Pada mulanya dia menyangka gurunya mencarut kepadanya. Namun bila melihat wajah gurunya tersengih manis kepadanya dia yakin jangkaannya silap. Pulang dari tempat pengajiannya berterabur Atam mencari kamus indo-malay dewan bahasa dan pustaka cetakan Ulu Tembeling. Barulah dia mengerti gurunya mensarankan Atam mengembara demi memenuhkan ilmu di dada. Atam semakin ghairah untuk melaksanakan pesanan Dewakarjono.

Maka berangkatlah Atam berseorangan dengan bekal secebis roti john yang dibelinya semalam di gerai budak-budak sembang kencang berserta sebotol air mineral saiz bapa ke destinasi pertamanya. Setelah agak lama berjalan Atam berjumpa dengan Ma Lin. Kehadiran Atam tak diendahkan langsung. Ma Lin kelihatan menumpukan perhatiannya 100% kepada permukaan bat pingpongnya. Cek-cek kalau ada rambut sehelai atau pasir buat bina rumah kat atasnya. Tanpa membuang masa Atam terus melakukan servis tangan berpusing yang selalu ditonton dalam televisyen selepas isya sambil kunyah cekodok pisang. Lepas titik Ma Lin, Atam bersalaman dan sempat berpesan kepada Ma Lin, 'Li kau chong waa'. Atam main petik saja ayat tu sebab itu yang selalu didengarinya dalam filem Stephen Chow. Ma Lin terpinga-pinga dengan dahi berkerut. Atam meneruskan perjalanannya ke arah selatan.

Kira-kira 3 hari perjalanan, Atam bertembung dengan ular sawa yang berwarna hitam berkilat. Saiznya begitu menggerunkan dengan panjang 20 kaki dan ukur lilit sepanjang 27 inci. Tapi Atam tetap steady. Pesan gurunya disimpan kemas-kemas dalam kepalanya. Mana mungkin dia akan berundur diri sekarang. Tiba-tiba muncul pula Ultimate Warrior dari mana pun Atam tak tau. Ultimate Warrior bergelut dengan ular sawa. Dalam kalut-kalut Atam sempat minta autograph Ultimate Warrior atas beg sandangnya. Boleh buat riak sama Muntari. Atam kemudian meminta diri untuk meneruskan perjalanan. Ultimate Warrior dan ular sawa masih bergusti.

Pagi keesokannya Atam sampai ke satu bandar yang dia kira arkitek bandar tersebut bukan lulusan giatmara. Bangunan-bangunan klasik tang tersusun, arca dan monumen di mana-mana dan laluan utamanya bukan jalan darat tapi jalan air. Oh, aku di Venice rupanya, bisik Atam sendirian. Tengah usha-usha makwe orang puteh tiba-tiba Atam terlihat seorang brader timbang-timbang bola depan kedai kasut. Setelah diamati dekat-dekat, Atam hampir terkena sawan. Gianfranco Zola! Lepas borak-borak sikit termasuk isu bakar gereja dan Juara Lagu, Zola ajak Atam join berniaga kasut kulit.

'Kau tak handle West Ham ke sekarang ni? Saat genting ni..lagipun Tony Fernandes nak beli West Ham, bolehla kau sign Torres nanti' tanya Atam

'Aku rasa bersalah pasal bagi seri dengan Chelsea tempoh hari. Aku tak mampu berhadapan dengan mereka lagi. Aku bersalah Tam, bersalah!!' terang Zola sungguh-sungguh. Atam makin hairan.

Demi tidak menghampakan harapan brader lagenda, Atam bersetuju untuk joint venture sama Zola berniaga kasut kulit yang lama-lama mungkin kasut-kasut tu akan berada di bundle negara Arab. Tapi Atam hanya mehu berkerja selama 6 bulan sahaja demi meneruskan pengembaraannya. Zola mengangguk sambil korek hidung.

Dalam perjalanan Atam pada hari ke 17, dia terkutip sebiji walkie talkie warna hitam. Di belakangnya ada cop IRA. Lepas main picit-picit walkie talkie tu Atam bersetuju untuk 'rendevous' dengan boss IRA ataupun Irish Resistance Army di sebuah kopitiam di tengah bandar Glasgow. Tertarik dengan Atam, boss IRA mengajaknya menyertai perjuangan IRA demi menegakkan hak bangsa Irish di Scotland. Atam menegaskan yang dia tak setuju. Kalau ajak pergi stadium tengok Rangers lawan Celtic takde hal. Selepas Atam menerangkan bahawa keganasan bukanlah segala-galanya dan memperkenalkan Bob Marley kepada mereka, boss IRA terus menangis terharu, insaf dan kerja kerajaan.

Pengembaraan Atam terbantut kerana kekurangan wang. Dalam poket Atam hanya tinggal 4 ringgit manakala dalam akaun Bank Pertanian miliknya ada 10 ringgit 03 sen. Atam pergi ke cyber cafe di Angola untuk memohon bantuan zakat secara online.

bersambung...

***********************************************************************************

Karim menghempas buku Hikayat Atam ke lantai. 'Entah apa-apa, boleh pulak main bersambung-bersambung. Mana aku nak cari Hikayat Atam jilid 2?' keluh Karim. Namun Karim tersenyum sendirian. Seronoknya jadi Atam.

Monday 11 January 2010

Penyesalan Karim tinggal subjek matematik 3 tahun

Dahi Karim berkerut-kerut. Keningnya kadang-kadang terangkat ke atas. Matanya tertumpu kemas ke arah kertas yang sedang diconteng oleh rakannya Samron. Semua angka-angka yang ditulis Samron berlegar-legar dalam kepala Karim. Karim makin berkerut. Mukanya kelihatan serius. Suara Samron tak putus-putus mensyarahkan sesuatu kepada Karim. Dia tak pernah putus asa cuba menerangkan apa yang ditulis kepada Karim walaupun Karim buat muka seolah-olah mengundang penampar. Nampak sangat Karim tak dapat tangkap subjek kira-kira yang diajar Samron. Sudah hampir 3 tahun Karim tak belajar subjek kira-kira. Kini Letchumi anak perempuan Subagamaran budak sekolah rendah darjah 4 yang jaga kaunter kedai runcit Lannugah agaknya lagi handal matematik berbanding Karim. Dengan muka ketat, Karim menyesal ponteng kuliah tempoh hari hanya sebab malas basuh muka dengan air sejuk. Pemalas punya Karim. Padan muka kau, dahla esok final exam, ujar Karim dalam hati.

Dengan muka ketat, Karim ke dapur goreng lempeng. Samron terpinga-pinga. Sambil-sambil tu Karim nyanyi lagu tiga kupang buat sedap hati.

Saturday 2 January 2010

Azam tahun baru Karim setiap tahun macam tu juga

Karim termenung sambil merenung syiling. Sunyi dan sepi persekitarannya. Esok bermulalah tirai tahun baru. Tahun yang lama bakal ditinggalkan. Apa azam tahun baru akan datang? Aku nak jadi apa ya? Bagaimana persediaan aku untuk tahun depan? Soalan-soalan sebegitu menerjah kepala otak Karim. Karim semakin serabut kerana dia masih blurr lagi. Ah, bukan ada Cikgu Kamaliah nak tanya dalam kelas pun. Darjah 2 Merak dulu bolehla goyang nak kena tanya, tiba-tiba Karim terfikir secara rasional.

Karim terlihat Masrom di ruang tamu. Sambil menggaru punggung, Masrom kelihatan seperti kanak-kanak syndrome down dengan gaya terhenjut-henjut ketawa bajet comel dalam keadaan berbaring mengiring ke kanan sambil menonton vcd Madu Tiga. Masrom pakai kain pelikat Gajah Duduk dengan t-shirt kuning jalur hijau kat tengah-tengah. Tak smart langsung. Cis, takde kesedaran tahun baru sungguh kau ni Masrom. Tau nak melepet depan komputer macam binturung, getus hati Karim.

Karim bertekad mahu menggunakan peluang tahun baru ini sebagai titik perubahan dalam diri. Dia mahu menjadi manusia yang lagi berguna. Mahu berjasa pada mak abah. Dia mahu berubah menjadi lebih baik hati. Tak nak lagi ketawakan pekerja delivery Restoran Taj Mahal yang tak senonoh dressingnya. Tak nak lagi melempang Omar sesuka hati bila Omar buat muka sebeng 24 jam. Dan yang paling penting, Karim tak nak lagi terlajak solat subuh terus melantak sarapan sebelum gosok gigi.

1/1/2010

Karim terjaga dari tidur. Karim mimpi dia sama Bostamam jadi orang bangsawan. Bini cantik, anak ramai, buku bank penuh bercetak. Karim tersengih mengenangkan mimpinya tadi. Dah puas tersengih-sengih sebelum dilempang oleh Masrom, Karim bangun menuju ke dapur. Lauk masak lemak ayam semalam steady lagi dalam periuk. Roti prata dicapai dan terus dicicahnya kuah lemak tersebut. Peh, nikmat. Jam henset menunjukkan pukul 11.00 am. Celaka, kena tunggu tahun depan pula nak berubah, fikir Karim sambil menggeleng-gelengkan kepala.