Wednesday 13 January 2010

Hikayat Pengembaraan Atam siri 1

Satu masa dulu Atam pernah mengembara ke merata tempat. Atam begitu gigih dan komited dalam pengembaraannya tak seperti bisnes melayu. Pesanan gurunya yang paling dihormati iaitu Dewakarjono terpahat kukuh dalam otaknya.

'Atam, kelak diri kamu akan terbang seumpama garuda yang begitu gratis. Enggak mustahil kelak kamu akan terusir oleh omongan besar. Sama sekali kamu nggak bisa meloloskan diri dengan sukses. Kamu butuh perjalanan yang baik supaya jantung kamu terisi dengan kerikil pengisi salam yang hangat.'

Dahi Atam berkerut mendengar pesanan gurunya. Mulutnya terlopong. Apa kejadah yang gurunya kata Atam kurang mengerti. Pada mulanya dia menyangka gurunya mencarut kepadanya. Namun bila melihat wajah gurunya tersengih manis kepadanya dia yakin jangkaannya silap. Pulang dari tempat pengajiannya berterabur Atam mencari kamus indo-malay dewan bahasa dan pustaka cetakan Ulu Tembeling. Barulah dia mengerti gurunya mensarankan Atam mengembara demi memenuhkan ilmu di dada. Atam semakin ghairah untuk melaksanakan pesanan Dewakarjono.

Maka berangkatlah Atam berseorangan dengan bekal secebis roti john yang dibelinya semalam di gerai budak-budak sembang kencang berserta sebotol air mineral saiz bapa ke destinasi pertamanya. Setelah agak lama berjalan Atam berjumpa dengan Ma Lin. Kehadiran Atam tak diendahkan langsung. Ma Lin kelihatan menumpukan perhatiannya 100% kepada permukaan bat pingpongnya. Cek-cek kalau ada rambut sehelai atau pasir buat bina rumah kat atasnya. Tanpa membuang masa Atam terus melakukan servis tangan berpusing yang selalu ditonton dalam televisyen selepas isya sambil kunyah cekodok pisang. Lepas titik Ma Lin, Atam bersalaman dan sempat berpesan kepada Ma Lin, 'Li kau chong waa'. Atam main petik saja ayat tu sebab itu yang selalu didengarinya dalam filem Stephen Chow. Ma Lin terpinga-pinga dengan dahi berkerut. Atam meneruskan perjalanannya ke arah selatan.

Kira-kira 3 hari perjalanan, Atam bertembung dengan ular sawa yang berwarna hitam berkilat. Saiznya begitu menggerunkan dengan panjang 20 kaki dan ukur lilit sepanjang 27 inci. Tapi Atam tetap steady. Pesan gurunya disimpan kemas-kemas dalam kepalanya. Mana mungkin dia akan berundur diri sekarang. Tiba-tiba muncul pula Ultimate Warrior dari mana pun Atam tak tau. Ultimate Warrior bergelut dengan ular sawa. Dalam kalut-kalut Atam sempat minta autograph Ultimate Warrior atas beg sandangnya. Boleh buat riak sama Muntari. Atam kemudian meminta diri untuk meneruskan perjalanan. Ultimate Warrior dan ular sawa masih bergusti.

Pagi keesokannya Atam sampai ke satu bandar yang dia kira arkitek bandar tersebut bukan lulusan giatmara. Bangunan-bangunan klasik tang tersusun, arca dan monumen di mana-mana dan laluan utamanya bukan jalan darat tapi jalan air. Oh, aku di Venice rupanya, bisik Atam sendirian. Tengah usha-usha makwe orang puteh tiba-tiba Atam terlihat seorang brader timbang-timbang bola depan kedai kasut. Setelah diamati dekat-dekat, Atam hampir terkena sawan. Gianfranco Zola! Lepas borak-borak sikit termasuk isu bakar gereja dan Juara Lagu, Zola ajak Atam join berniaga kasut kulit.

'Kau tak handle West Ham ke sekarang ni? Saat genting ni..lagipun Tony Fernandes nak beli West Ham, bolehla kau sign Torres nanti' tanya Atam

'Aku rasa bersalah pasal bagi seri dengan Chelsea tempoh hari. Aku tak mampu berhadapan dengan mereka lagi. Aku bersalah Tam, bersalah!!' terang Zola sungguh-sungguh. Atam makin hairan.

Demi tidak menghampakan harapan brader lagenda, Atam bersetuju untuk joint venture sama Zola berniaga kasut kulit yang lama-lama mungkin kasut-kasut tu akan berada di bundle negara Arab. Tapi Atam hanya mehu berkerja selama 6 bulan sahaja demi meneruskan pengembaraannya. Zola mengangguk sambil korek hidung.

Dalam perjalanan Atam pada hari ke 17, dia terkutip sebiji walkie talkie warna hitam. Di belakangnya ada cop IRA. Lepas main picit-picit walkie talkie tu Atam bersetuju untuk 'rendevous' dengan boss IRA ataupun Irish Resistance Army di sebuah kopitiam di tengah bandar Glasgow. Tertarik dengan Atam, boss IRA mengajaknya menyertai perjuangan IRA demi menegakkan hak bangsa Irish di Scotland. Atam menegaskan yang dia tak setuju. Kalau ajak pergi stadium tengok Rangers lawan Celtic takde hal. Selepas Atam menerangkan bahawa keganasan bukanlah segala-galanya dan memperkenalkan Bob Marley kepada mereka, boss IRA terus menangis terharu, insaf dan kerja kerajaan.

Pengembaraan Atam terbantut kerana kekurangan wang. Dalam poket Atam hanya tinggal 4 ringgit manakala dalam akaun Bank Pertanian miliknya ada 10 ringgit 03 sen. Atam pergi ke cyber cafe di Angola untuk memohon bantuan zakat secara online.

bersambung...

***********************************************************************************

Karim menghempas buku Hikayat Atam ke lantai. 'Entah apa-apa, boleh pulak main bersambung-bersambung. Mana aku nak cari Hikayat Atam jilid 2?' keluh Karim. Namun Karim tersenyum sendirian. Seronoknya jadi Atam.

2 comments:

  1. pergh, gua memang tak boleh lawan lah hikayat lu bro. terbaik dari ladang bai. tabik

    ReplyDelete
  2. Sempoi la adam..tak payah pun nak cerita berat-berat sangat tapi mampu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak.cool.

    ReplyDelete

autograf