Saturday 2 January 2010

Azam tahun baru Karim setiap tahun macam tu juga

Karim termenung sambil merenung syiling. Sunyi dan sepi persekitarannya. Esok bermulalah tirai tahun baru. Tahun yang lama bakal ditinggalkan. Apa azam tahun baru akan datang? Aku nak jadi apa ya? Bagaimana persediaan aku untuk tahun depan? Soalan-soalan sebegitu menerjah kepala otak Karim. Karim semakin serabut kerana dia masih blurr lagi. Ah, bukan ada Cikgu Kamaliah nak tanya dalam kelas pun. Darjah 2 Merak dulu bolehla goyang nak kena tanya, tiba-tiba Karim terfikir secara rasional.

Karim terlihat Masrom di ruang tamu. Sambil menggaru punggung, Masrom kelihatan seperti kanak-kanak syndrome down dengan gaya terhenjut-henjut ketawa bajet comel dalam keadaan berbaring mengiring ke kanan sambil menonton vcd Madu Tiga. Masrom pakai kain pelikat Gajah Duduk dengan t-shirt kuning jalur hijau kat tengah-tengah. Tak smart langsung. Cis, takde kesedaran tahun baru sungguh kau ni Masrom. Tau nak melepet depan komputer macam binturung, getus hati Karim.

Karim bertekad mahu menggunakan peluang tahun baru ini sebagai titik perubahan dalam diri. Dia mahu menjadi manusia yang lagi berguna. Mahu berjasa pada mak abah. Dia mahu berubah menjadi lebih baik hati. Tak nak lagi ketawakan pekerja delivery Restoran Taj Mahal yang tak senonoh dressingnya. Tak nak lagi melempang Omar sesuka hati bila Omar buat muka sebeng 24 jam. Dan yang paling penting, Karim tak nak lagi terlajak solat subuh terus melantak sarapan sebelum gosok gigi.

1/1/2010

Karim terjaga dari tidur. Karim mimpi dia sama Bostamam jadi orang bangsawan. Bini cantik, anak ramai, buku bank penuh bercetak. Karim tersengih mengenangkan mimpinya tadi. Dah puas tersengih-sengih sebelum dilempang oleh Masrom, Karim bangun menuju ke dapur. Lauk masak lemak ayam semalam steady lagi dalam periuk. Roti prata dicapai dan terus dicicahnya kuah lemak tersebut. Peh, nikmat. Jam henset menunjukkan pukul 11.00 am. Celaka, kena tunggu tahun depan pula nak berubah, fikir Karim sambil menggeleng-gelengkan kepala.

1 comment:

autograf