Thursday 17 December 2009

Percutian Karim, Badrol Alam dan Bostamam

Karim melelapkan matanya. Terasa nyaman sekali angin malam. Berada di puncak bukit sememangnya menyamankan suasana. Kadangkala terasa sejuk. Ah, inilah nikmat alam 'nature', hati Karim berbisik. Di atas bukit itu Karim merasa bebas dari segala masalah. Karim memerhatikan burung-burung berterbangan.

***************************************************************************************

Sayup-sayup kedengaran irama 'Candy Shop - 50 cent' dari jauh. Irama yang paling dibenci oleh Karim. Apatah lagi muka 50 Cent. Melihat giginya sahaja membuatkan Karim terasa seakan mahu menampar Masrom atau sesiapa saja yang melintas dihadapannya. Kalau macam ini muka pak jaga sekolah dulu, Karim yakin dia tak akan berani fly. Muka macam kaburetor.

Irama itu datangnya dari satu arah. Karim pasti ianya adalah dari arah rumahnya. Hairan. Karim terus meredah kegelapan menuju ke rumahnya. Pintu cuba dibuka namun gagal. Kunci rumah yang disisipkan di kocek seluarnya tiba-tiba hilang. Karim panik. Gayanya seperti Shukor Adan dapat bola. Menggelabah.

Karim mendengar bunyi riuh rendah dari dalam. Seakan-akan ada sebuah parti malam itu. Masrom? Tak mungkin, Masrom takkan menganjurkan parti liar sebegitu. Malah Masrom juga akan terkena sawan bila dengar lagu 50 Cent. Berbuih mulut. Mana mungkin ini angkara Masrom. Karim semakin hairan. Akhirnya dia membuat keputusan mahu melihat melalui tingkap. Perlahan-lahan Karim berjalan ke sebelah kiri bangunan rumahnya menuju ke arah tingkap ruang tamu. Karim kaget melihat situasi di rumahnya.

Dum...dum...dum... kelihatan ada DJ dalam rumahnya. Main putar-putar cakera sambil ada headphone besar. Meja belajar Karim dijadikan pentas. Sebiji macam Reshmonu lagaknya. Manakala di bawah penuh para hadirin hadirat menari mengikut irama. Angguk sana gelek sini lenggok sana. Berpinar juga mata Karim menengoknya. Karim lihat ada satu dua hadirat yang sudah berkelakuan tak senonoh. Karim beristighfar panjang.

Di sudut ruang tamu, kelihatan satu hadirin duduk di meja bulat. Di kelilingnya para hadirat seksi-seksi belaka. Bergelak ketawa stail pakcik-pakcik politik. Para hadirat turut sama ketawa macam Fazura dalam cerekarama 'Sebening Azan yang Dilaung'. Gedik. Karim lihat di poket kot hadirin tu tebal dengan duit. Huh, dasar mata duitan, getus hati Karim.

Suasana ruang tamu rumah Karim seperti disko gamaknya. Entah dari mana datangnya lampu disko tergantung di siling. Situasi dalam rumahnya semakin tak terkawal. Para hadirin hadirat begitu seronok berparti. Karim ternampak beberapa hadirin dan hadirat bermain kejar-kejar sambil memegang tin minuman. Ada juga yang buat-buat cool berborak sesama sendiri. Tapi majoritinya sedang berdansa di 'dance floor'.

Tiba-tiba..

Kelihatan seorang hadirin bertubuh tegap bangun dari meja bulatnya. Dia dikelilingi oleh beberapa bodyguard pakai baju Hawaii dengan spek Rayban Wayfarer. Macam orang buta pun ada juga, bisik Karim. Hadirin yang Karim kira-kira boss itu berjalan ke arah DJ. Mikrofon dicapai dan dia berkata dengan suara ala-ala 50 Cent. Siap ada slang nigga.

"Yo man, hari ni kita enjoy puas-puas man. Tuan tempat ini pergi holiday man. Bila dia balik kita tak dapat parti man. yo wassup nigga" kata boss itu dan diselangi sorak para hadirin hadirat.

"Yo yo yo man, look what we got ere nigga, itu dia tuan rumah kita. Tapi dia tak boleh masuk man, dia takde kunci yo, mari gelakkan dia" tiba-tiba boss itu berplaing ke arah Karim di luar tingkap. Serentak dengan itu kesemua hadirin hadirat turut sama berpaling ke arahnya.

HAHAHAHAHA

Karim seperti mahu pitam. Baru Karim sedar kesemua hadirin hadirat bermuka hodoh. Warna coklat. Kaki mereka semua berduri-duri. Karim mula mual. Dia baru sedar kesemua mereka sebenarnya adalah manusia jelmaan musuh utama Karim, LIPAS.

Karim terasa dunianya semakin gela. Pening, mual, loya. Akhirnya dia pitam.

**********************************************************************************

Fuhh...mimpi rupanya. Karim lega. Dia terjaga dari tidurnya yang indah di atas bukit. Dahinya berpeluh-peluh. Nafasnya tercungap-cungap.

"Kurang ajar kau lipas, baru 2 hari aku takde kat rumah kau buat kepala ya. Siap kau semua"

Malam itu juga Karim mengejutkan Badrol Alam dan Bostamam mengajak pulang. Kedua rakannya terpinga-pinga serta tensen. Percutian mereka diganggu oleh Karim. Jika diikutkan hati mahu saja Badrol Alam dan Bostamam tapak muka Karim sekali dua. Tapi disebabkan hanya Karim saja yang pandai bawa kereta mereka terpaksa akur. Apa gila mahu jalan kaki sampai rumah berbatu-batu jauhnya.

Dalam perjalanan pulang, Karim singgah kedai membeli 3 botol penyembur serangga.

No comments:

Post a Comment

autograf