Sunday 13 December 2009

Kisah Karim dan Badrol Alam satu malam

Karim kelihatan serius. Dahinya berkerut. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Badrol Alam pula kelihatan khusyuk di sebelahnya. Mereka berdua sangat tertarik dengan topik yang dibawa oleh Samad. Samad begitu petah berkata-kata seolah-olah sedang berceramah pula. Kadangkala Karim hairan. Seingatnya Samad mana reti berpidato. Lagi-lagi kalau depan makwe-makwe. Gagap macam mesin tebu. Tapi malam itu Samad begitu hebat mengeluarkan hujah. Mungkin Samad terbaca artikel bagaimana menghilangkan gagap. Barangkali dari web Isuhangat, fikir Karim.

Malam itu Karim bermalam di rumah Badrol Alam. Rumah mereka tak jauh. Kira-kira 5 minit berjalan kaki manusia berupaya. Bagi golongan kurang upaya tak pasti pula. Jam sudah menunjukkan jam 12.00 malam. Mereka berdua rancak berbual.

"Hebat betul Samad tadi ye. Dulu sebeng semacam. Sekarang bukan main handal dia" Badrol Alam memulakan topik.

"Aah, point yang dia bagi pun hebat. Pasal kejatuhan khilafah Uthmaniah. Berbakat rupanya Samad ye, muka je serupa N!xau" Karim menambah.

Dalam ceramah Samad tadi, dia menceritakan perihal kejatuhan kerajaan uthmaniyah di tangan Mustafa Attartuk. Dia menerangkan mengapa dan bagaimana sebuah empayar Islam yang dimulakan dengan gah boleh menjadi begitu lemah dan akhirnya terhapus. Karim dan Badrol Alam begitu tertarik. Padahal dalam kuliah di siang hari itulah yang dipelajari mereka namun waktu itu mereka sibuk melukis potret wajah pensyarah subjek berkenaan.

"Kau tau Badrol Alam, dulu aku pernah terbaca macam mana kerajaan Abbasiah jatuh ke tangan Mongol. Sebelum tu panglima Mongol hantar spy dalam negeri Baghdad. Ala spy macam Spies Girl tu. E'eh bergurau pulak aku" kata Karim sebelum dilempang kemas oleh Badrol Alam.

"Spy yang dihantar tu tengok keadaan pemuda Baghdad time tu. Bila spy tu tengok ada pemuda bergaduh tapi pasal masalah nahu bahasa Arab, panglima memutuskan itu bukan waktunya nak 'invade' Baghdad. Bila ada pemuda yang menangis kerana cintanya ditolak perempuan, barulah panglima menyerang masuk. Kau tau kenapa? Pasal keadaan sesebuah negara Islam bergantung kepada kekuatan iman pemudanya" terang Karim bersungguh-sungguh.

"Tula, sekarang kau tengokla pemuda-pemuda sekarang ni. Bukan saja menangis pasal perempuan, yang nak bunuh diri pasal perempuan pun ada. Yang merosakkan perempuan lagila bersepah. Kita kena ubah senario ni Karim." Badrol Alam menyambung.

Bersemangat sungguh gayanya. Karim tiba-tiba merasakan Badrol Alam sebenarnya bersangkut paut dengan model Kopi Jantan. Semangat yang ditunjukkan Badrol Alam seakan-akan atuk kopi jantan.

Karim menambah

"Sape lagi nak ubah kalau bukan kita Badrol Alam? Inila gunanya mahasiswa Islam, balik nanti nak ubah keadaan masyarakat. Bagi orang sedar balik untuk bangunkan semula sistem Islam atas muka bumi. Rahib Yahudi pernah kata selagi masjid 'time' subuh tak sepenuh masa solat jumaat, Israel takkan tumbang. Kita kena pastikan benda itu akan terjadi"

Mata mereka berdua berkaca dan membara. Semangat. Jam hampir menunjukkan angka 3.

*********************************************************************************

Badrol Alam mengesat-ngesat mata. Karim di sebelahnya masih ternganga mulut sambil mata terpejam. Hari itu mereka bercuti. Kuliah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Sekali sekala Badrol Alam menguap. Masih mengantuk rasanya.

Dia menoleh jam dinding biliknya.

11.30 pagi.

Badrol Alam menoleh kepada Karim pula.

Celaka, semalam semangat cerita khalifah. Subuh pun tak bangun. Macam mana nak ubah masyarakat? Badrol Alam menyumpah diri mereka dalam hati. Hati Badrol Alam sayu.

Selepas itu Karim dan Badrol Alam tidak pernah membincangkan pasal khilafah sebelum tidur.

1 comment:

  1. Gua teringat ada sorang pak cik marah bdk kg gua kata teruk bdk muda zmn skrg. Isap rokok tak henti-henti. smph msyrkt lah.

    Sekali lepas beberapa thn dngr news bhw pakcik tu ditangkap isap ganja. Pergh, lagi otai bai. Kesimpulan, ckp pong pang pong pang tak guna juga kalau kita tak ubh dari

    ReplyDelete

autograf