Thursday 10 December 2009

Satu hari itu Karim marah

Karim baru pulang dari rutin hariannya. Seawal 8.00 pagi dia akan keluar rumah menuju ke kuliah. Kerajaan menghantar Karim ke luar negara bukan untuk main main saja tetapi untuk mengaji supaya Karim menjadi modal insan yang cemerlang gemilang terbilang. Sekurang-kurangnya itu yang Karim belajar masa Biro Tata Negara dulu selain disogok yang Anwar Ibrahim tu konco Yahudi. Bukan Karim cakap, brader BTN yang cakap. Brader tu cakap lagi kalau kerajaan sekarang tak menang pilihan raya nanti negara kucar kacir. Brader tu Karim tengok macam bersepah gayanya. Entah boleh percaya entah tidak.

Karim keliru tapi Karim tak marah.

Sampai saja Karim di kuliahnya, dia bertemu Badrol Alam. Badrol Alam adalah rakan sekuliah Karim sejak tahun 1 lagi. Kalau sehari tak jumpa memang bukan Karim namanya. Sepanjang kuliah, Karim dan Badrol Alam menganga. Budak lain gelak mereka ikut. Budak lain serius mereka tiba-tiba ikut serius. Budak lain kena halau dari kuliah mujur mereka tak ikut. Karim dan Badrol Alam tak handal belajar. Kadangkala mereka berdua bertanding melukis potret curi-curi masa pensyarah bagi kuliah. Tapi Karim hairan. Badrol Alam 'grad' lagi awal setahun dari Karim. Mungkin Badrol Alam ini genius, fikir Karim.

Karim keliru tapi Karim tak marah.

Karim dan Badrol Alam berjalan pulang dari kuliah. Masa tu jam 4.30 petang. 'Golden time' bak kata orang putih. Jalan masa ni memang dahsyat seronoknya bagi Karim. Angin sepoi-sepoi, langit mendung memang kegemaran Karim. Tiba-tiba Karim ternampak makwe-makwe sebangsa Karim dari arah bertentangan. Tiba-tiba juga mereka berpatah balik. Ada yang buat-buat masuk simpang menuju kedai ayam. Namun Karim yakin makwe-makwe tu menuju ke kuliah. Pasal ada beg 'sling' kegilaan makwe zaman sekarang di bahu mereka. Cacat ke bawa beg sling masuk kedai ayam? Karim lihat cermin kereta di sebelahnya, takde pulak rupa Terry Crews. Sathiya apatah lagi. Cuma makcik Bedah kat kampung pernah kata muka Karim ada iras-iras Johny Depp. Mak Bedah yang kata, bukan Karim. Badrol Alam Karim tengok muka dah berubah. Karim tahu Badrol Alam tak suka makwe yang kononnya nak mengelak dari bertembung dengan jejaka seperti mereka berdua, kononnya nak elak fitnah. Dahsyat betul tahap kewarasan makwe-makwe tu, Karim dan Badrol Alam berkata dalam hati. Karim hanya menggelengkan kepala.

Karim keliru tapi Karim tak marah

Sesampainya di rumah, tanpa membuang masa Karim terus menuju dapur. Lauk semalam yang ditinggalkan oleh Masrom untuk Karim dibiarkan di atas meja bertudungkan pinggan. Karim berkira-kira mahu makan lepas kuliah. Baru 'feel' orang kata. Kalau makan sebelum kuliah Karim khuatir akan mengantuk dalam kuliah. Nanti akan mendatangkan amarah pensyarah. Dah siap basuh tangan duduk bersila sinsing lengan, Karim baca doa dulu. Doa makan Karim tak pernah tak lancar. Masa darjah 1 saja pernah kena cubit tak hafal doa makan. Sejak itu bukan main lancar lagi.

Tiba-tiba Karim sebak. Sayu hatinya petang itu. Kejam sungguh kau lipas, kalau nak mati mati la tempat lain, bukan dalam lauk aku, ujar Karim separuh berbisik. Karim ingat lipas tu mati overdose sambal ayam. Karim lihat ada 2 ekor anak lipas tak begerak dalam mangkuk sambal ayam. Satu kat bawah kepak satu lagi kat celah-celah bawang. Mata Karim menjadi merah.

Karim keliru dan kali ini Karim marah.

4 comments:

  1. gua ada pengalamam member se-batch gua...bila lipas ada dlm lauk...dia mencelup-celup dan membuangnnya. nthen,dgn selamba makan akan lauk tu.

    gua bertanya kat dia, "gua pernah dengar hadis kalau lalat mmg kita rendam dua kali coz sblh kanan penawar sblh kiri racun. masuk dua-dua jadi neutral. tapi, apehal lu buat mcm ni kat lipas. lu guna hadis dari imam kanada ke?"

    member gelak sambil tersengih-sengih. maybe, subjek hadis fail kot masa belajar time spm

    ReplyDelete
  2. kalau lipas dua-dua racun..jgn dipakai hadis imam kanada tu mun

    bek lu cek balik mane sumber dia ambik, entah-entah dari utusan malaysia, faham2lah utusan memang menipu

    ReplyDelete
  3. haha. pe yg ko mrh sgt ngn utusan?
    munzir cume nk bgtau karim satu hal je kat sini.

    : Padan muko kau karim. Den mmg bonci mo kau. Biala kau kebulor. Baru ado akal. Rumah kau memang khas utk lipas duduk pun! Semmgnya Munzir adalah orang negeri sembilan kacukan Sarawak.

    ReplyDelete
  4. uih munzir pulak dah..
    kacukan sarawak negeri sembilan pulak tu
    aku negeri sembilan asli..amacam?

    ReplyDelete

autograf